Tuesday, 20 January 2015

Siapa tahu ye?

Siapa tahu ye?
Jangan la mengeluh dengan anak nakal kita. Ada hikmahnya tu. Bukan sahaja untuk didik anak tu, bahkan untuk didik kita tabah dan sabar.

Siapa tahu ye?
Orang yang kahwin lambat tu sebenarnya bakal merasa erti perkahwinan yang sebenar. Mungkin juga untuk dia menghargai perkahwinan tu.

Siapa tahu ye?
Orang yang gagal dalam exam, bakal menjadi orang yang lebih hebat kelak.

Siapa tahu ye?
Orang yang selalu kena maki dulu, hina bagai, bakal menjadi orang yang amat tabah.

Tapi kita semua tahu, orang yang rapat dengan Allah bakal mendapat kemudahan di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment